Malu saya ummi. Lain yang saya terangkan, lain pula yang anak faham.
“Bagaimana puan terangkan?”
“Saya kata, ibu pengasuh orang yang susah. Kita makan dulu sebelum ziarah ibu. Jangan harapkan ibu sediakan makanan.”
Sebaliknya, apa yang berlaku, sesampai sahaja di rumah ibu pengasuh, mereka sekeluarga dilayan bagai kerabat diraja. Penuh hidangan di atas meja. Ada ikan, ada ketam dan udang juga. Ibu tadi langsung tidak teringat peringatannya kepada si anak.
Ada insiden yang terjadi sewaktu makan itu yang membuatkan ibu tadi malu. Apa tidaknya, si anak meluah rasa, “Tadi mama kata ibu miskin. Kenapa ibu boleh siapkan banyak makanan ni?”
KAYA MISKIN ITU APA?
Kita semua tahu bahawa kaya dan miskin itu sifatnya subjektif.
Persoalannya, bagaimana anak-anak kita faham tentang miskin dan kaya? Adakah dari sudut material ataupun dari sudut sikap? Dan yang lebih penting, apakah gaya bahasa yang kita guna dalam keluarga? Adakah ia bahasa orang kaya atau bahasa orang miskin?
Subscribe
Gain access to all our Premium contents.More than 100+ articles.