Antara jihad semasa yang perlu diambil berat oleh umat Islam pada zaman ini adalah pembelajaran dan penyebaran al-Quran juga risalahnya ke seluruh alam. Tidak mungkin umat yang berkat ini mampu berjalan di muka bumi tanpa cahaya al-Quran. Allah s.w.t. berfirman dalam kitab-Nya yang mulia:
Dan apakah orang yang sudah mati (hatinya), kemudian Kami hidupkan dia semula serta Kami berikan kepadanya cahaya yang terang yang membolehkan dia berjalan di tengah-tengah masyarakat manusia, sama dengan orang yang tinggal dalam gelap-gelita yang tidak mampu keluar daripadanya. Demikianlah kami jadikan orang yang kafir itu memandang baik apa-apa yang mereka telah lakukan. (Surah al-An‘am 6: 122)
Begitu rupanya gambaran yang Allah ingin gambarkan. Allah ingin bezakan orang yang mendapat hidayah (dengan cahaya al-Quran) dengan orang yang sesat.
Nama al-Quran |
Al-Kitab (sebuah kitab) |
Al-Zikr (Kalimah yang disebut-Nya) |
Al-Furqan (membezakan antara hak dan yang batil) |
Al-Tanzil (sesuatu yang diturunkan oleh Allah kepada manusia)
|
Sifat-sifat al-Quran |
Cahaya (al-Nur)
|
Penerang (al-Mubin)
|
Petunjuk (al-Huda)
|
Rahmat (al-Rahmah) |