June 10, 2023
Akidah WAHYU

Mencari Jangan Sampai Tercicir

Teringat penulis kepada sebuah drama bersiri yang masyhur disiarkan di sepanjang bulan Ramadan. Ia berjudul Para Pencari Tuhan yang merupakan drama bersiri dari negara jiran, Indonesia dan kini sudah memasuki musim yang ke-13.

Bagi yang pernah menonton drama bersiri ini, sudah tentu terimbau kembali babak-babak yang ada di dalamnya. Ia berkisar tentang kisah-kisah masyarakat yang menetap di sekitar sebuah surau kecil. Apa yang pasti, jalan ceritanya mengetengahkan satu mesej yang penting iaitu setiap manusia pasti akan kembali mencari agama. Tidak kira apa jua latar belakang manusia akan kembali mencari Tuhan.

Misi Mencari Tuhan

Dalam misi manusia mengenal dan mencari Tuhan, pasti akan timbul pelbagai persoalan yang membawa kita untuk menelusi sejarah perbincangan dan perbezaan pandangan yang panjang. Misalnya, Nabi Ibrahim AS telah menggunakan pendekatan berbentuk empirik bagi memudahkan kaumnya mengenal Allah Tuhan Sekalian Alam. Baginda menggunaan kaedah pembuktian dengan menafikan matahari, bulan dan bintang daripada premis ketuhanan.

Subscribe

Gain access to all our Premium contents.
More than 100+ articles.

Free Trial

Free trial access for 200 articles.
Click now
Beliau mendapat Ijazah Sarjana Muda Syariah dari Universiti Islam Madinah dan merupakan calon Ijazah Sarjana Syariah (Fiqh dan Usul) di Universiti Malaya. Dalam masa yang sama beliau memperoleh Sijil Intensif Bahasa Arab dan Inggeris dari Kolej Agama Sultan Zainal Abidin. Kini beliau adalah Pengurus, Unit Syariah di Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. Dalam masa yang sama merupakan kolumnis bagi Majalah Solusi terbitan Telaga Biru. Selain daripada itu beliau kerap muncul di kaca televisyen seperti Tanyalah Ustaz dan segmen Dulu Blur Sekarang Clear di Suria FM. Kepakaran: Fiqh Zakat, Kepengacaraan, Fiqh Ibadah, Motivasi, Masakan, Fiqh Haji & Umrah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?