Adik ipar saya ada membuka sebuah hotel dan spa untuk kucing yang menawarkan khidmat dandanan, penjagaan, rawatan kesihatan dan kecantikan untuk kucing dengan harga yang berpatutan. Melihat kesungguhannya mengusahakan perniagaan ini, saya rasakan wajar dipuji.
Apatah lagi ia juga sebahagian daripada tuntutan kita sebagai Muslim untuk mengasihi makhluk lain termasuklah haiwan. Hal ini juga kesan percikan takwa kita kepada Allah.
Namun, harus diingat. Di samping Islam meraikan fitrah manusia yang mencintai haiwan, ada juga batasan-batasan yang digariskan sebagai panduan kepada kita agar tidak berlebih-lebihan dan melampau sehingga mendatangkan fitnah.
Antaranya terlalu obses menyayangi haiwan kesayangan yang membuatkan kita sanggup berhabis dan berbelanja besar sehingga memudaratkan diri sendiri. Sedangkan cukuplah hanya sayang atas dasar fitrah dan berbelanjalah mengikut kemampuan.
Apatah lagi sudah Nabi mengingatkan kita:
“Berilah perhatian kepada perkara yang bermanfaat untuk kamu.” (Riwayat Muslim)
Sikap terhadap Haiwan Peliharaan
Buat pencinta haiwan, dalam kita memenuhi minat dan hobi ini janganlah sampai ia memudaratkan dan menjadi fitnah kepada kita. Oleh itu, saya gariskan lima perkara utama yang sepatutnya kita lakukan sebagai pencinta haiwan sejati.
Subscribe
Gain access to all our Premium contents.More than 100+ articles.