September 18, 2024
KEKELUARGAAN Wanita & Keluarga

Mendidik Anak: Di Sekolah Atau Rumah?

Home schooling (pendidikan di rumah) kian mendapat tempat di negara kita. Tetapi bagaimana dengan ibu bapa yang tidak mampu mendidik atau mengajar anak di rumah? Mahu diupah guru untuk datang mengajar di rumah? Bagaimana jika ibu bapa tidak mampu membayar upah yang tinggi? Sebenarnya mendidik anak menjadi tanggungjawab siapa? Guru atau ibu bapa?

Banyak timbang tara yang perlu diambil perhatian dalam menentukan hala tuju pendidikan anak-anak. Misalnya anak-anak akan kurang mendapat pendidikan watak (character building) di rumah bagi ibu bapa yang bermasalah. Situasi atau peristiwa yang terakam di hadapan mata dan telinga anak-anak akan mempengaruhi watak anak-anak apabila dewasa.

Pilihan

Bagi ibu bapa yang memilih untuk menghantar anak-anak ke sekolah arus perdana, kita harus ingat bahawa masa anak-anak lebih banyak di sekolah. Mereka membesar dengan suasana, guru, kawan dan input persekolahan. Anak-anak akan mencari ikon dan hero dalam kalangan persekitarannya. Malah didikan dan nasihat ibu dan ayah di rumah akan tenggelam dan tidak dipedulikan.

Lebih penting lagi, perlu ada kesamaan dan keselarasan nilai yang diajar di sekolah dan rumah supaya anak-anak tiada konflik jiwa. Dalam hal ini, jika ibu bapa ingin menghantar anak ke sekolah arus perdana sekali pun, ibu bapa mestilah mengenal pasti aura sekolah tersebut tidak bertentangan dengan cita-cita dan hasrat ibu bapa terhadap anak-anak. Jika tidak, anak akan bingung apabila menerima arahan yang bertentangan ketika di sekolah dengan ketika berada di rumah.

Pendidikan di sebahagian sekolah disampaikan dengan fokus kepada pendekatan otak kiri atau kognitif iaitu hanya mewajibkan anak-anak untuk mengetahui dan menghafal konsep. Amat kurang aktiviti yang menyentuh perasaan, emosi dan nurani.

Berinteraksi dengan Siapa?

Awal-awal agama adalah mengenal Allah. Jadi sikap yang hendak dibentuk pada anak-anak adalah perilaku dan interaksi anak-anak dengan Penciptanya iaitu Allah. Bagaimana?

Subscribe

Gain access to all our Premium contents.
More than 100+ articles.

Buy Article

Unlock this article and gain permanent access to read it.
Dato' Haji Muhammad Zakaria (lahir 1 November 1955) berasal dari Rembau, Negeri Sembilan adalah seorang penulis dari Malaysia. Beliau berkelulusan University of Tasmania, Hobart, Australia dan University of Newcastle, New South Wales, Australia. Beliau telah menghasilkan 27 buah buku sendiri dan menerbitkan lebih 400 tajuk di bawah beberapa penerbit, Hasil terbesar beliau ialah buku Indahnya Hidup Bersyariat (Telaga Biru) yang telah terjual lebih 1 juta naskhah. Beliau telah memenangi beberapa anugerah antaranya Anugerah Buku Negara, Anugerah Buku Popular dan Anugerah Dewan Bahasa dan Pustaka. Sekarang beliau ialah Presiden Angkatan Dakwah Antarabangsa Malaysia (ADAM), Presiden Ibnu Sina International Mission (ISIM), Presiden Wakaf Ibnu Sina Hospital (WISH), Pengerusi Persatuan Belia Sri al-Ain (BERSAMA) dan Pengerusi Yayasan Darul Tahfiz Sri al-Ain Aceh. Di samping itu beliau juga seorang penceramah TV dan radio, master trainer, penerbit, sukarelawan misi kemanusiaan, Mudir maahad tahfiz, Pengarah Jihad Pendidikan Asia (JPA), CEO Kalimat Cinta Sdn Bhd dan kolumnis beberapa buah majalah.
Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?