June 10, 2023
Pendidikan UMUM

Menentang Proses Pembaratan Dengan Ilmu

Sewaktu aku belajar di Amerika Syarikat, aku sering diundang untuk memberikan ceramah ilmu, dakwah, pendidikan dan ehwal semasa dalam kalangan pelajar-pelajar Melayu dan Islam di sana. Pada hujung minggu setelah menyiapkan assignments atau waktu cuti semester universiti, biasanya program mendekati pelajar-pelajar Melayu di seluruh Amerika Syarikat aku lakukan.

Pada musim panas tahun 1987, aku diundang oleh sahabatku Shakir yang berada di Los Angeles dan Sharkar di San Francisco untuk berkunjung ke Fresno dan Saint Jose memberikan ceramah kesedaran kepada pelajar-pelajar di sana.

Aku berminat mendekati mereka kerana mereka ialah anak-anak muda yang berpotensi untuk kembali ke Malaysia dan terlibat dalam proses pembangunan dan perubahan negara. Keperluan itu atas asas ilmu yang mereka terima di negara orang harus seimbang dengan agama yang mereka dukung dan tanggungjawab mengembangkannya di tanah air. Aku diberi taklimat bahawa terdapat pelbagai kelompok dan aliran pemikiran pelajar di sana. Ini adalah sesuatu yang lazim bagi pelajar-pelajar Melayu di Amerika Syarikat suatu ketika dulu.

Ilmu itu Penting

Subscribe

Gain access to all our Premium contents.
More than 100+ articles.

Free Trial

Free trial access for 200 articles.
Click now
Prof. Dr. Sidek Baba dilahirkan di Kampung Pulau, Masjid Tanah, Melaka pada 12 Jun 1946. Prospek kerjayanya bermula saat beliau menggenggam Sijil Perguruan di MPSI, Tanjung Malim, kemudiannya memperoleh Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pengajian Melayu di Universiti Malaya, Diploma Pengajian Islam di UKM, Sarjana Pendidikan Berbanding di Universiti Indiana, USA dan Ijazah Doktor Pendidikan dalam Dasar Pendidikan di Universiti Northern Illinois, USA. Pernah menjadi pendidik selama 18 tahun, pengawai dan pensyarah di Institut Aminuddin Baki, Timbalan Dekan serta Dekan Pusat Matrikulasi UIAM, Pemangku Dekan Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan dan Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar dan Disiplin, UIAM. Kini beliau menjawat jawatan sebagai Profesor Pendidikan di UIAM.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?