November 29, 2023
Dakwah UMUM

Mengembleng Roh Dakwah

Senario 1

Di sebuah pekan kecil anak-anak muda berlonggok di kedai kopi selepas main bola di padang berhampiran, menghisap rokok dan bergelak ketawa tanpa mempedulikan laungan azan dari menara masjid di sebelah kedai kopi.

Senario 2

Di pusat bandar manusia hilir mudik tanpa keruan, lorong belakang dikunjungi si hidung belang, pusat judi dan karaoke penuh serta meriah, si kupu-kupu malam berkeliaran memerangkap mangsa dan kelab malam berpesta hingga ke Subuh.

Tiga senario di atas memperlihatkan struktur lazimnya masyarakat di negara kita dari golongan anak-anak, remaja hingga usia senja. Mereka seolah-olah terbiar, tidak terdidik, tiada siapa yang sudi menegur dan jauh daripada hidayah Tuhan.

Apa respons kita terhadap situasi di atas? Kita sebenarnya perlu gerakkan dakwah bagi membentuk masyarakat yang lebih terdidik. Bagaimana?

1. Hubungan dengan Allah

Kepincangan yang berlaku di tengah-tengah masyarakat hari ini disebabkan manusia tidak kenal Allah yang menjadikan mereka. Sebab itulah kita mula belajar fardu ain dengan belajar ilmu tauhid sifat 20 atau ilmu usuluddin.

Kemudian kita tingkatkan hubungan dan amal ibadah kita kepada Allah (hablumminallah) terutama solat. Jika pada awal usia kita tidak berpeluang belajar ilmu agama, carilah kuliah tentang solat, tahsin (memperbaiki) solat, motivasi solat dan sebagainya.

Kita perlu memantapkan ibadah yang wajib seperti solat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadan dan mengeluarkan zakat. Pada masa yang sama kita tingkatkan amalan sunat seperti solat sunat, puasa sunat, bersedekah, membaca al-Quran berwirid, berzikir dan sebagainya.

Subscribe

Gain access to all our Premium contents.
More than 100+ articles.

Buy Article

Unlock this article and gain permanent access to read it.
Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?