Wabak COVID-19 yang melanda bukan sahaja mengancam kesihatan manusia, bahkan mengakibatkan pelbagai kesan sampingan lain sehingga menyebabkan keresahan dan tekanan hidup seperti kehilangan pekerjaan, tekanan perasaan dan banyak lagi. Tambahan pula, berita tentang kes bunuh diri atau percubaan untuk bunuh diri kerap dilaporkan oleh media mutakhir ini. Lebih membimbangkan, perbuatan ini turut dilakukan oleh orang Islam di samping kaum-kaum lain di Malaysia.
WHO menerusi laman sesawangnya melaporkan bahawa hampir 800,000 kes bunuh diri dilaporkan setiap tahun, manakala percubaan untuk membunuh diri adalah lebih lagi. Bahkan kematian akibat perbuatan bunuh diri adalah ketiga paling tinggi dalam kalangan golongan berumur 15 hingga 19 tahun.
Akhbar Sinar Harian bertarikh 10 September 2020 pula melaporkan bahawa sebanyak 465 kes cubaan bunuh diri dilaporkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi tempoh Januari hingga Jun. Akhbar Astro Awani bertarikh 13 Disember 2020 pula melaporkan pertambahan kes bunuh diri sebanyak 20% pada tahun 2020 berbanding tahun 2019.
Suasana Hidup yang Menekan Tanda Akhir Zaman
Rasulullah SAW telah menyampaikan khabar bahawa akan berlaku situasi yang menyebabkan manusia lebih mengharapkan mati dari untuk terus hidup di akhir zaman. Hal ini dibuktikan melalui sabda Baginda SAW:
Tidak akan berlaku kiamat sehingga seseorang yang melintas di kubur berkata: ‘Alangkah baiknya jika aku berada di tempatnya (dalam kubur).’ (Riwayat al-Bukhari)
Dalam hadis yang lain Rasulullah SAW bersabda:
Subscribe
Gain access to all our Premium contents.More than 100+ articles.