December 9, 2023
Fokus SOLUSI

Menghidupkan Solat dalam Diri

Solat, merupakan ibadah yang kita lakukan lima kali sehari sejak akil baligh sehinggalah ke hujung nyawa. Namun, sedarkah kita sebenarnya solat itu bukan hanya sekadar memenuhi kewajiban sebagai seorang hamba Allah?

Kini pelbagai rahsia solat telah berjaya dirungkai melalui kajian terkini. Antaranya kebaikan solat menurut perspektif sains moden. Namun, sejauh mana solat yang kita dirikan itu mencerminkan diri kita sebagai seorang Muslim sejati?

Sedangkan solat menjadi salah satu ciri pemisah antara iman dan kufur. Bukankah Nabi s.a.w. telah bersabda:

Sesungguhnya perkara yang memisahkan antara seorang laki-laki (Muslim) dengan kesyirikan dan kekufuran adalah meninggalkan solat. (Riwayat Muslim)

 

Solat Sebagai Benteng

Kita lihat bagaimana solat didirikan hari ini. Ya, tidak dapat dinafikan ada masjid yang hidup dengan jemaah solatnya yang penuh. Tidak dinafikan juga azan dilaungkan lima kali sehari setiap hari di segenap tempat. Alhamdulillah, kita mesti bersyukur dengan semua ini.

Namun, malangnya adakah solat kita benar-benar menjadi pemisah antara kita dengan orang yang tidak beriman dan kufur?

Subscribe

Gain access to all our Premium contents.
More than 100+ articles.

Buy Article

Unlock this article and gain permanent access to read it.
Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?