October 1, 2023
Tentang Hati UMUM

Menghitung Nasib Diri

“Abang, ramainya orang yang mesej beritahu mereka mimpikan saya. Ada yang mimpi saya sakit, ada yang mimpi saya mati,” adu saya sambil jari melurut-lurut sejadah, tanda hati sedikit resah.

“Mati memang satu hal yang pasti, kan? Bukan ayang saja, semua orang akan mati. Bukan satu berita baru pun,” balas suami, tenang.

“Saya tak takut mati, bang. Saya tak rasa sayang langsung nak tinggalkan dunia ini. Tapi saya takut nak hadap semua akibat daripada dosa-dosa saya. Abang, kalau saya mati, abang maafkan semua dosa-dosa saya ya.”

Air mata mula mengalir. Takut. Terlalu takut sebenarnya. Saya cuba menghitung segala kesilapan dan kegagalan saya sepanjang 21 tahun bergelar seorang isteri. Saya cuba mengira segala dosa saya sebagai anak sepanjang 43 tahun tumpang bernafas di muka bumi Allah ini.

Bagaimana dengan khilaf saya sepanjang 20 tahun bergelar ibu kepada tujuh orang anak? Bagaimana pula dengan hak-hak jiran, hak sahabat atau hak masyarakat yang tidak saya tunaikan? Allahu Rabbi. Setiap kali mengenangkan mati, bergetar rasa hati!

 

Tiada Jaminan

“Seronoknya tengok Bonda Nor. Dah beribu orang boleh membaca dengan kaedah Ekspres-I yang Bonda Nor asaskan. Dah ramai penulis yang boleh menulis kerana tunjuk ajar Bonda Nor. Banyaknya pahala!”

Allah, yakinnya kamu! Sungguhlah, manusia hanya mampu menghakimi apa yang terzahir saja. Padahal pada setiap yang dipandang mata itu, ada rahsia berlapis rahsia. Hakikatnya untuk ke syurga tidaklah semudah itu. Kebaikan yang banyak bukan bererti pahala telah terkumpul dengan banyak secara automatik. Ada beberapa perkara yang menjadi syarat dan akibat.

Misalnya, keikhlasan. Ia menjadi syarat yang perlu sentiasa dijaga dari seawal menanam niat hinggalah nyawa bercerai dari jasad. Kita takut jika kita termasuk dalam kumpulan manusia yang terpedaya dengan amalan sendiri sepertimana firman Allah:

Subscribe

Gain access to all our Premium contents.
More than 100+ articles.

Free Trial

Free trial access for 200 articles.
Click now

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?