December 9, 2023
KEKELUARGAAN Remaja

Menyantuni Gelandangan Bukti Iman, Jangan sampai duka mereka, menjadi bukti dusta kita dalam beragama

Kadang-kadang kita terlupa, hebatnya kita sebagai orang kaya sebab adanya orang miskin. Hebatnya majikan sebab adanya pekerja bawahan. Hebatnya senior sebab adanya junior yang lebih muda daripada kita. Hebatnya orang yang bijaksana sebab ada golongan yang kurang bijak daripada kita. Bahkan hebatnya seorang pemimpin mahupun raja sebab adanya rakyat jelata.

Hakikatnya, tanpa ada orang lain, kita sebenarnya tiada apa-apa. Hebat pun tidak, kaya pun tidak, majikan pun tidak dan raja pun tidak. Ini kerana tiada “punching bag” yang boleh membezakan kita.

Oleh yang demikian, kita mulia bukan kerana nama dan kedudukan. Sebaliknya mulianya seorang manusia selagi mana dia merasakan betapa pentingnya menjaga hubungan sesama manusia dengan sentiasa menghulurkan bantuan dan keprihatinan.

Rasulullah bersabda, “Bukanlah seorang Muslim sekiranya dia dalam kekenyangan sedangkan jiran di sebelahnya sedang kelaparan.” (Riwayat al-Baihaqi)

 

Kesan Kasih

Kisah yang berlaku kepada Bisyr bin Harith ini boleh dijadikan renungan. Beliau merupakan seorang ulama yang terkenal pada zamannya. Pada suatu hari, ada seorang lelaki bertemu dengannya untuk mengucapkan selamat tinggal kerana hendak mengerjakan haji buat kali kedua.

Dia berkata, “Aku berniat nak pergi haji. Apakah ada nasihat yang hendak engkau sampaikan untuk aku lakukan?”

Subscribe

Gain access to all our Premium contents.
More than 100+ articles.

Buy Article

Unlock this article and gain permanent access to read it.
Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?