March 22, 2025
Fokus SOLUSI

Meraih Keberkatan Waktu Pagi

Setiap manusia diberikan 24 jam sehari semalam oleh Allah s.w.t. Namun, kadangkala kita tidak sedar kita mensia-siakan satu waktu ini. Waktu tersebut ialah waktu pagi.

Ada apa dengan waktu pagi? Rasulullah s.a.w bersabda: “Ya Allah, berkatilah umatku di waktu pagi harinya.” (Riwayat Abu Dawud)

Bukan itu sahaja, apa yang menarik, perawi kepada hadis ini iaitu Sakhr al-Ghamidi berkata: “Rasulullah s.a.w. apabila mengutus pasukan tentera, Baginda akan melakukannya pada awal pagi.” Beliau (Sakhr) juga merupakan seorang peniaga dan mengirimkan barang perniagaannya pada waktu pagi. Akhirnya perniagaannya berkembang dan pendapatannya juga pertambah. (Riwayat Abu Dawud)

 

Memahami Waktu Pagi

Dalam bahasa Melayu, waktu pagi juga disebut sebagai waktu siang. Namun, menurut Kamus Dewan, waktu siang lebih bersifat umum memandangkan ia merujuk kepada waktu dari matahari terbit sehingga terbenam. Sebaliknya waktu pagi pula lebih spesifik iaitu dari matahari terbit kira-kira jam enam hingga 10 pagi.

Justeru, perkataan pagi lebih sesuai untuk menggambarkan isu fokus yang cuba diketengahkan kali ini iaitu bermula waktu subuh sehingga ke waktu duha. Sela waktu itu juga merupakan waktu untuk kita meraih keberkatan sebagaimana hadis nabi tadi.

Adakah terdapat ayat al-Quran yang menyebut tentang waktu ini? Ya, ada.

Subscribe

Gain access to all our Premium contents.
More than 100+ articles.

Buy Article

Unlock this article and gain permanent access to read it.
Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?