Setiap kali tibanya bulan Ramadan, ayat ke-183 daripada Surah al-Baqarah sering kali kedengaran di corong-corong radio dan kaca televisyen dibiaca oleh para asatizah yang memberikan ceramah. Ayat tentang ibadah puasa di bulan Ramadan. Namun, tahukah kita apakah sebenarnya natijah yang ingin diraih daripada ibadah ini?
Takwa. Itulah natijah yang seharusnya dikejar oleh setiap Mukimin di sepanjang bulan Ramadan dengan berpuasa. Dengan takwa, momentum Ramadan dapat dikekalkan walaupun sedikit sehinggalah tiba Ramadan yang berikutnya.
Mukimin yang Bertakwa
Allah SWT berfirman yang bermaksud:
Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa. (Surah al-Baqarah 2: 183)
Jika diperhatikan, dengan jelas Allah tujukan ayat ini kepada orang-orang beriman tentang kewajipan berpuasa di bulan Ramadan. Kemudian, diakhiri pula dengan ungkapan “supaya kamu bertakwa.” Hal ini bermakna, orang Mukmin yang menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan, natijah yang diharapkan ialah takwa.
Namun apakah pula takwa? Antara takrifan takwa ialah berlindung. Apabila disebut “Bertakwahlah kepada Allah!” bermakna jadikanlah Allah sebagai pelindung. Justeru, itulah yang diharapkan oleh setiap Mukmin. Setiap kali tibanya bulan Ramadan dan menjalani ibadah puasa, seolah-olahnya kita sedang memperbaharu benteng kita. Benteng bagi menghadapi godaan hidup.
Subscribe
Gain access to all our Premium contents.More than 100+ articles.