May 30, 2024
Tentang Hati UMUM

Mimpi yang Berbekas

Petang Ramadan itu cuma satu petang yang biasa-biasa. Tetapi saya tersedar daripada tidur dengan satu rasa yang cukup luar biasa. Kebingungan. Lama saya termenung sendirian.

‘Betulkah apa yang aku mimpi ini? Atau cuma mainan syaitan? Tetapi bukankah syaitan diikat sepanjang Ramadan?’

Allahu Rabbi. Hanya kerana satu mimpi, hati saya resah sendiri. Tanda tanya terpendam begitu sahaja sehinggalah pada minggu berikutnya, Allah menjawab persoalan itu dengan jalan takdir-Nya!                                                               

Bukan Satu Kebetulan

“Lin, rumah kau ada banyak DVD, kan? Pinjam satu! Aku bosan sangat ni,” rayu saya.

“Dah tak ada, Nor. Tak tahulah mana adik-adik aku bawa,” jawab sepupu saya. Sayup jawapannya di hujung talian membuahkan rasa kecewa saya.

“Eh, nanti sekejap! Aku rasa ada satu DVD mak aku. Tapi ceramah. Kau nak ke?”

Saya terdiam. Pelik sungguh. Setakat saya melepak di rumahnya, yang selalu saya jumpa cuma DVD pelbagai muzik dan filem. Tetapi kali ini, ceramah? Ah, ceramah pun ceramahlah. Saya betul-betul bosan ni!

Subscribe

Gain access to all our Premium contents.
More than 100+ articles.

Buy Article

Unlock this article and gain permanent access to read it.
Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?