Mutakhir ini, kita dikejutkan dengan pelbagai fenomena yang menakutkan. Antaranya, pembuangan bayi tanpa sebarang belas ihsan. Ada yang mati dan ada yang nyawa-nyawa ikan. Angkara siapa ini?
Begitu juga, statistik rasmi yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPM) bahawa bilangan anak luar nikah yang didaftarkan pada tahun 2009 sahaja, seramai 17,303 orang. Ketua Pengarahnya berkata:
“Dalam tempoh lima tahun, JPM mencatatkan 74,723 pendaftaran anak luar nikah adalah membabitkan orang Melayu Islam. Ini tidak termasuk kes buang bayi yang dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Sepanjang tempoh ini, 214,033 bayi pelbagai bangsa didaftarkan dengan status anak tidak sah taraf, termasuk kes anak yang tidak berbapa 104,834 orang dan 109,199 orang mengikut seksyen 13 Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (Akta 299).”
Penulis sengaja membentangkan sedikit fakta ini bertujuan untuk menggambarkan betapa gawatnya gejala sosial, keruntuhan moral dan kepincangan akhlak dewasa ini.
Subscribe
Gain access to all our Premium contents.More than 100+ articles.
Free Trial
Free trial access for 200 articles.Click now