Situasi | Entah sudah berapa kali kita dihidangkan dengan berita yang berkaitan dengan kemurungan. Ada Ustazah yang menghilangkan diri dari sekolah, dikatakan sebab tertekan. Sebelum itu, banyak juga kes ibu yang membunuh anak sendiri.
Bahkan ada artis yang dilihat menunjukkan tingkah laku yang pelik di media sosial. Ada juga individu berterus terang mengaku mengalami kemurungan dan mendapatkan bantuan psikiatri. Antara reaksi orang awam, ada yang mengaitkan dengan masalah kurang iman. Benarkah? |
Ini hakikat dunia kini. Bahkan menjelang 2020, penyakit mental dijangka menjadi penyakit kedua tertinggi yang dihidapi rakyat Malaysia.
2 BLOK
Apabila kita berbicara tentang murung sama ada ia berkaitan dengan lemah iman atau tidak, pasti kita akan bertemu dua blok pendapat:
Murung tanda lemah iman. | Blok 1 | → |
Setuju. |
Blok 2 | → |
Tidak setuju. |
Saya pula cenderung untuk bersetuju dengan kedua-dua pihak. Masing-masing ada hujah tersendiri. Tiada yang betul dan salah kerana kadangkala betul dan salah itu sangat subjektif. Bahkan betul atau salah yang tidak konkrit atau muktamad, kadangkala kita tidak mampu ketahui hakikat sebenarnya di dunia ini. Allah simpan dalam pengetahuan-Nya sahaja.
Subscribe
Gain access to all our Premium contents.More than 100+ articles.