Musibah memang menyakitkan. Apa yang berlaku selalunya tidak dijangka. Pasti setiap hari kita mengharapkan kemunculan sinar bahagia dan kegembiraan.
Namun kadangkala ia tidak kunjung tiba. Apa yang hadir adalah “kesakitan” demi “kesakitan”. Mungkin ada suara yang berbisik: “Di manakah keadilan untukku tatkala orang lain sedang berbahagia?”
Salah Tanggapan
Musibah sering kali disalah erti. Ia selalu dipandang dari sudut yang negatif. Malapetaka, bencana dan peristiwa sedih yang menimpa adalah antara yang berlegar di fikiran kita apabila disebut tentang musibah.
Memang benar ia sesuatu yang tidak disukai oleh manusia, namun ia tidak sepatutnya selalu dipandang secara negatif.
Selain musibah, bala juga merupakan istilah yang digunakan untuk menggambarkan bencana yang menimpa manusia. Syihab al-Din Ahmad melalui kitabnya al-Tibyan fi Tafsir Gharib al-Qur’an menyatakan bahawa perkataan bala dalam al-Quran mempunyai tiga maksud:
- Nikmat.
- Cubaan atau ujian.
- Sesuatu yang tidak disenangi.
MEMAHAMI MUSIBAH
Subscribe
Gain access to all our Premium contents.More than 100+ articles.