Dalam Islam, perpaduan bukan sahaja satu keperluan. Namun, ia adalah perintah langsung daripada Allah. Apatah lagi perpaduan ialah satu keperluan kepada fitrah manusia yang sentiasa bergantung kepada manusia lain untuk kelangsungan hidupnya.
Tidak ada manusia yang mampu bersendirian kerana fizikal kita sentiasa bergantung kepada manusia lain. Begitu juga dengan emosi dan jiwa kita.
Pendek kata, umat Islam merupakan umat yang membawa rahmat kepada sekalian alam. Mengapa? Kerana kita umat yang sepatutnya lebih mudah bersatu kerana adanya dua dorangan ini iaitu fitrah manusiawi dan perintah ilahi.
Dan inilah formulasi Islam dalam menyatukan manusia. Buktinya? Apabila tertubuhnya sebuah negara Islam di kota Madinah al-Munawwarah bersama gagasan pentadbiran dan pemerintahan Rasulullah s.a.w.
Rangka Tindak Nabi
Allah menegaskan: “Jika kamu membelanjakan seluruh (harta benda) yang ada di bumi ini, nescaya kamu tidak dapat menjinakkan hati manusia. Namun Allah yang menjinakkan hati antara hati-hati mereka.” (Surah al-Anfal 8: 63)
Melalui ayat ini, jelaslah bahawa untuk menyatukan manusia bermula dengan “menjinakkan” hati mereka terlebih dahulu. Caranya, ajak dan dorong manusia untuk mencintai Allah.
Subscribe
Gain access to all our Premium contents.More than 100+ articles.