Imej Muslim kini agak tercalar dengan pelbagai label yang negatif. Lagi-lagi apabila kita hidup pada era yang menyaksikan maklumat tersebar dengan pantas. Tular sudah menjadi sesuatu yang tidak asing. Di mana-mana sahaja ceruk dunia peristiwa yang berimpak berlaku, tidak kira sama ada baik atau buruk, sekelip mata sahaja sudah tersebar luas.
Namun untuk melakukan kebaikan juga tidak susah. Bahkan ada masa kebaikan juga tular dan mendapat tempat di hati pengguna media sosial. Kebaikan yang berimpak, bahkan boleh memberi inspirasi.
Dalam situasi sebegini, tidak susah bukan untuk kita menjadi Muslim yang berada pada kelas tersendiri? Ini Muslim yang mengikut acuan yang dibentuk oleh Allah dan Rasulullah.
Kenapa kita perlu berbincang tentang Muslim yang berada pada kelas tersendiri ketika kita berbicara tentang golongan bukan Islam? Ini kerana majalah Solusi merupakan platform menyampaikan ilmu yang ingin mencipta anjakan paradigma kepada Muslim. Ini platform kita.
Apabila kita berjaya menjadi Muslim yang mengikut acuan Tuhan, secara tidak langsung kita juga telah berjaya menyampaikan dakwah secara bisu. Kita tidak berkata-kata, namun terpandang sahaja perilaku Muslim kelas tersendiri, sudah temui keindahan Islam di situ.
CARA MENJADI MUSLIM KELAS TERSENDIRI
1. Bukan Kelompok Sendiri
Subscribe
Gain access to all our Premium contents.More than 100+ articles.