June 10, 2023
Al-Quran & Tafsir WAHYU

Musuh dalam Selimut -Siri 1

 

Allah merakamkan keangkuhan golongan munafik dalam kitab-Nya:

وَإِذا قِيلَ لَهُمْ تَعالَوْا يَسْتَغْفِرْ لَكُمْ رَسُولُ اللَّهِ لَوَّوْا رُؤُسَهُمْ وَرَأَيْتَهُمْ يَصُدُّونَ وَهُمْ مُسْتَكْبِرُونَ

Maksudnya: “Dan apabila dikatakan kepada mereka, ‘Marilah (bertaubat) supaya Rasulullah s.a.w. meminta ampun (kepada Allah) untuk kamu’, mereka (enggan sambil) menggeleng-gelengkan kepalanya dan engkau melihat mereka berpaling (daripada bertaubat) serta mereka berlaku sombong angkuh.” (Surah al-Munafiqun 63: 5)

Golongan hipokrit diumpamakan laksana orang yang berjalan dalam kegelapan dengan suasana ribut, hujan, disertai gegar guruh, petir dan kilat yang sambar-menyambar. Mereka berhati-hati melakonkan aksi kemunafikan mereka. Namun mereka terlupa, Allah tidak buta daripada melihat apa-apa sahaja yang disembunyikan dalam hati mereka.

Subscribe

Gain access to all our Premium contents.
More than 100+ articles.

Free Trial

Free trial access for 200 articles.
Click now
Dilahirkan di Melaka, mendapat pendidikan awal di Kolej Islam Kelang, kemudian melanjutkan pelajaran di Universiti Yarmouk, Jordan. Mendapat Ijazah Sarjana (MA) dalam Bahasa Arab di Universiti Malaya, dan meneruskan pelajaran ke peringkat Ph.D. Berpengalaman dalam memimpin kursus dan membimbing jemaah haji dan umrah yang bertauliah dari Lembaga Tabung Haji. Sering dijemput ceramah agama di samping sering muncul dalam program radio dan tv. Aktif dalam bidang penerbitan bahan ilmiah di beberapa akhbar dan majalah. Terbaharu, Dr. Zahazan sedang menjayakan pengajian tafsir "KULTUM" (Kuliah Tafsir Tujuh Minit) setiap hari di Surau Firdaus, Saujana Damansara. Satu ayat akan dikupas pada setiap hari. Pembaca boleh mengikuti beliau melalui Youtube dengan carian "kultum ust zahazan".

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?