Abu Salamah meriwayatkan bahawa Aisyah berkat, “Biasanya apabila Nabi selesai menunaikan solat dua rakaat, jika aku sudah terjaga, Baginda bersembang denganku. Jika belum, Baginda akan baring.
Aku -Ali bin Abdullah- bertanya kepada Sufyan, “Ada orang meriwayatkan bahawa solat itu solat sunat fajar dua rakaat?” Sufyan menjawab, “Betullah itu.” (Riwayat al-Bukhari)
Hadis 2
Aisyah menceritakan, “Apabila Nabi selesai solat (malam), jika aku sudah terjaga, Baginda akan mengajak aku berbincang-bincang dan jika tidak, Baginda akan berbaring sehingga dilaungkan azan untuk solat (subuh).” (Riwayat al-Bukhari)
Hadis 3
Aisyah menceritakan, “Rasulullah pernah solat sambil duduk. Baginda membaca (surah) sambil duduk. Kemudian apabila tinggal sedikit lagi bacaannya sekitar 30 ke 40 ayat, Baginda pun berdiri dan habiskan bacaan. Kemudian Baginda rukuk dan sujud. Baginda buat begitu juga pada rakaat kedua.
Subscribe
Gain access to all our Premium contents.More than 100+ articles.