October 1, 2023
Sirah & Kisah UMUM

Nabi Bantu Isteri di Rumah

Al-Aswad bin Yazid berkata, “Aku pernah bertanya Aisyah, ‘Apa yang Nabi buat ketika berada di rumah?’ Beliau pun menjawab, ‘Baginda membantu kerja isterinya. Kemudian sebaik mendengar azan, Baginda pun keluar.’” (Riwayat al-Bukhari)

Dalam hadis yang lain, Ummul Mukminin Saidatina Aisyah ditanya, “Adakah Rasulullah buat apa-apa kerja ketika di rumah? Beliau menjawab, ‘Ya, Rasulullah baiki sendiri kasut dan jahit bajunya. Baginda melakukan kerja rumah sebagaimana yang biasa kamu buat di rumah.”’

 

Sunnah Rasulullah Sebagai Seorang Suami

1

Sebagai umat yang mengaku mencintai Nabi SAW, kita perlu berusaha untuk mencontohi Baginda hatta ketika bersama ahli keluarga di rumah. Maka, sebagai langkah permulaannya, kita hendaklah ambil tahu perihal keadaan rumah tangga Baginda.

2

Rasulullah SAW merupakan seorang suami yang merendah diri dengan isterinya. Buktinya, Baginda turut sama mengemas rumah. Kemuliaan dan ketinggian darjat seorang Nabi tidak menghalang Baginda untuk membuat kerja-kerja yang remeh itu.

3

Nabi tidak pernah duduk-duduk sahaja di rumah. Pasti ada sahaja kerja yang Baginda dilakukan.

4

Budaya ‘maintenance’ atau amalan menyelenggara aset di rumah dari semasa ke semasa merupakan sunnah Nabi. Hal ini sebagaimana dalam sebuah hadis, Saidatina Aisyah pernah berkata, “Rasulullah juga melakukan kerja-kerja rumah. Kerja yang selalu Baginda buat ialah menjahit.” (Riwayat Ibn Saad)

5

Walau di luar seorang suami itu pemimpin yang hebat, di rumah dia tetap seorang suami. Maka janganlah bawa status di luar ke dalam rumah. Sebesar mana pun jawatan atau sesibuk mana pun kerja seorang suami, pasti tidak sebanding Nabi. Baginda tetap ada masa untuk membantu isteri.

6

Suami kena bantu urus rumah. Apatah lagi bagi pasangan yang kedua-duanya bekerjaya, lagi perlu. Bandingkan, para isteri Nabi yang boleh dikatakan tidak bekerja itu pun Nabi tetap bantu mereka. Pada hari ini, masih ada suami yang tidak pernah basuh najis anak dan pakaikan lampin anak dengan alasan itu kerja perempuan. Itu silap sama sekali.

Subscribe

Gain access to all our Premium contents.
More than 100+ articles.

Free Trial

Free trial access for 200 articles.
Click now

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?