Kita maklum, Rasulullah s.a.w. sentiasa rajin dan tidak pernah malas. Lagi-lagi apabila Anas bin Malik meriwayatkan bahawa beliau sering kali mendengar Rasulullah s.a.w. memanjatkan doa ini:
Ya Allah Ya Tuhan kami, sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu daripada kedukaan dan kesedihan. Aku berlindung kepada-Mu daripada sifat lemah dan malas… (Riwayat Abu Daud)
Rasulullah yang pada pandangan mata kita sudah tentu rajin luar biasa itu juga sering berdoa agar dijauhkan daripada sikap malas, apatah lagi kita yang langsung tiada perisai maksum ini.
Lihatlah juga bagaimana Baginda mengajar sahabat mengurus kepenatan dan kesibukan hidup di dunia ini, “Wahai Bilal! Bangun dan dirikanlah solat (untuk melaungkan azan), rehatkan kami dengannya iaitu solat.” (Riwayat Ahmad)
Nabi mendidik kita untuk bersantai dengan solat. Berehat dengan menunaikan solat mampu menghilangkan segala kekusutan dunia yang menekan. Bahkan solat mampu menjamin ketenangan jiwa dan ketenteraman hati manusia yang dihimpit kedukaan.
Namun, ada kalanya Baginda menasihatkan segolongan sahabat yang beribadah tanpa henti dan rehat. Mereka berpuasa sepanjang hari tanpa berbuka dan mereka tidak mendatangi isteri bagi menunaikan nafkah yang sepatutnya.
Nabi berpesan:
- Mata kita ada hak ke atasnya. Jadi ada masa, badan kita perlu rehat dan tidur.
- Badan kita ada haknya. Badan perlu tenaga dan rehat pada kadar yang mencukupi.
- Isteri kita juga ada haknya. Jadi, hubungan sesama manusia juga perlu dijaga.
Subscribe
Gain access to all our Premium contents.More than 100+ articles.