May 30, 2024
Sirah & Kisah UMUM

Nabi Paling Mencintai Isteri

Daripada Abu Uthman, beliau menceritakan bahawa Rasulullah mengangkat Amru bin al-As untuk memimpin pasukan kaum Muslimin dalam perang Zat al-Salasil. Amru bin al-As menceritakan: “Aku pergi menemui Rasulullah. Aku bertanya: ‘Wahai Rasulullah, siapakah orang yang tuan paling cintai?’ Nabi menjawab: ‘Aisyah!’

‘Lelaki?’

‘Ayahnya!’

‘Selepas itu siapa?’

‘Umar!’

Nabi pun menyebut nama beberapa orang sahabat lagi. Setelah itu, aku pun diam kerana bimbang Nabi menyebut namaku sebagai orang yang paling akhir.” (Riwayat al-Bukhari)

Catatan:

  1. Bagi seorang lelaki, lumrah jika orang yang paling dicintainya ialah isteri. Begitu juga kebiasaan seorang isteri.
  2. Boleh sahaja bertanya dan mengambil tahu tentang insan yang paling disukai oleh seseorang. Ada banyak manfaatnya.
  3. Amru bin al-As; sahabat yang lewat masuk Islam. Salah seorang daripada empat orang genius Arab. Beliau berperanan besar dalam era selepas kewafatan Nabi.

 

Subscribe

Gain access to all our Premium contents.
More than 100+ articles.

Buy Article

Unlock this article and gain permanent access to read it.
Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?