September 18, 2024
Sirah & Kisah UMUM

Nabi Peluk Pohon Kurma

Daripada Jabir, Nabi s.a.w. biasanya berdiri berkhutbah pada hari Jumaat di sebatang pokok kurma. Seorang wanita atau lelaki Ansar berkata: “Ya Rasulullah, bolehkah kami buatkan untukmu mimbar?”

“Boleh, jika kalian mahu.” Lalu mereka membuatkan untuk Baginda sebuah mimbar.

Apabila tibanya hari Jumaat, Baginda pun naik ke mimbar tersebut. Lalu pokok kurma itu mengeluarkan bunyi seperti bunyi bayi. Kemudian Baginda pun turun dari mimbar, lalu pergi memeluk pokok kurma seperti sedang menenangkan orang yang sedang menangis.

Baginda bersabda, “Pokok ini menangis kerana tidak dapat mendengar lagi apa yang ia biasa dengar daripada peringatan berhampirannya.” (Sahih al-Bukhari, Kitab al-Manaqib)

Pokok ini sedih kerana tidak lagi digunakan oleh Nabi. Ia terasa seolah-olah tidak bermanfaat lagi untuk Nabi. Lalu, Nabi datang memeluknya. Bagaimana Nabi tahu dan dapat mendengar tangisan pohon kurma ini?

Inilah juga dikatakan sebagai tanda kenabian Rasulullah s.a.w. yang agung dan mulia. Mungkin inilah yang dikatakan cinta dan rindu. Cinta sepohon tamar kepada Baginda. Tangisannya menjadi saksi.

Bagaimana pula tangisan air mata kita?

Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?