Dakwah yang berkesan adalah dengan cara turun padang. Liputannya mungkin tidak seluas dakwah melalui media massa, media sosial atau penerbitan, namun kesannya begitu mendalam. Dakwah cara ini mampu menyentuh hati ke lubuk yang paling dalam.
Bercerita tentang turun padang berkhidmat, mungkin antaranya fikiran kita menghala kepada sukarelawan. Namun sebelum kita bercerita tentang sukarelawan yang khidmatnya begitu banyak kepada umat, kita lihat dahulu Nabi junjungan kita. Baginda membuka pintu kepada sahabat dan masyarakat umum untuk sentiasa datang untuk belajar pelbagai perkara dan bertanya pelbagai permasalahan.
Sebab itulah Allah berfirman:
Sesungguhnya orang yang memanggilmu dari luar bilik-bilik, kebanyakan mereka tidak memahami. (Surah al-Hujurat 49: 4)
Lihat, betapa Rasulullah sentiasa memperuntukkan masanya kepada ummah, hinggakan Allah menegur tetamu yang tidak beradab yang berkunjung menemui Baginda.
Kemudian Allah memberi saranan:
Dan jika mereka bersabar menunggu sehingga engkau keluar menemui mereka, itu lebih baik bagi mereka. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Surah al-Hujurat 49: 5)
Ketika berhijrah ke Madinah, Rasulullah memilih untuk tinggal di tingkat bawah rumah Abu Ayyub al-Ansari kerana faham ada ramai orang akan berjumpa Baginda. Begitulah lumrah hidup seorang pemimpin. Apabila membina rumah, Baginda bina bersebelahan dengan masjid. Masjid menjadi pusat ibadah yang turut aktif dengan pelbagai aktiviti lain, sekali gus memudahkan akses orang ramai untuk menemui Baginda.
Subscribe
Gain access to all our Premium contents.More than 100+ articles.