November 29, 2023
Akhlak & Tasawuf WAHYU

Nak Jadi Muslim yang Baik di Bulan Ramadan? Ini Tipsnya.

Sebenarnya tidak susah untuk menjadi Muslim yang baik. Namun, kadang kala dek kesilapan cara menyebabkan kita merasakan bahawa ia merupakan sesuatu yang begitu sukar. Kita membayangkan, untuk menjadi baik perlu kepada solat, puasa dan berpakaian lusuh sepanjang masa. Tidak!

Kita mulakan yang mudah-mudah dahulu. Bak kata pepatah, “Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain.” Perubahan diri menjadi seorang Muslim yang baik bukanlah satu perubahan yang drastik. Ia memerlukan kepada proses yang memerlukan masa.

Kunci Adab

Kita juga mengetahui bahawa menjadi seorang Muslim yang baik itu adalah merupakan hasil yang diinginkan. Namun, silapnya adalah apabila kita lupa bahawa untuk mendapatkan hasil yang sebegitu memerlukan kepada dua perkara iaitu agama dan adab.

Mulakan dari bawah. Baiki semula pengamalan agama kita. Mana-mana yang lompong, kita tutup. Mana yang kurang, kita tambah. Kemudian, barulah ia akan terpancar dalam bentuk adab dan akhlak. Setelah adab dan akhlak yang baik berjaya dipupuk, jadilah kita seorang Muslim yang baik!

Walaubagaimanapun, untuk memupuk akhlak dan adab itu pula tidak mudah. Ia memerlukan mujahadah yang berterusan sehinggalah ia benar-benar sebati dalam hidup kita. Untuk itu, ia memerlukan ‘kunci’.

“Kunci” tersebut terakam dalam sebuah hadis yang penting. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Di antara (tanda) kebaikan Islam seseorang adalah meninggalkan perkara yang tidak bermanfaat baginya.” (Riwayat al-Tirmizi)

Subscribe

Gain access to all our Premium contents.
More than 100+ articles.

Buy Article

Unlock this article and gain permanent access to read it.
Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?