December 9, 2023
Fikir Zikir SOLUSI

Nikmat di Sebalik Ujian

Setiap kali ditimpa ujian, ada yang beranggapan ia adalah bebanan yang memeritkan dan menyusahkan. Lalu fokus hanya tertumpu kepada ujian. Antara kesannya, kita menutup minda daripada berfikir dan mencari jalan keluar.

Kita mudah merungut, mengeluh dan merasakan tidak pernah ada jalan keluar bagi ujian yang sedang dihadapi. Stres kemudiannya membelenggu diri.

Mengapa kita sukar keluar dari masalah? Ini merupakan soalan yang sukar untuk dijawab. Namun kebiasaannya, kita selalu melakukan perkara-perkara berikut:

  • Terlalu fokus pada masalah (kejadian yang terjadi).
  • Masih belum merelakan diri dan tidak bersedia untuk berhadapan dengan masalah yang melanda serta tidak meletakkan harapan yang tinggi untuk keluar dari masalah. Lalu diri pasrah dan berputus asa untuk bangkit semula.

 

Kesan Terlalu Fokus kepada Masalah

Antara kesan apabila kita terlalu fokus kepada masalah adalah:

  • Selalu bersedih dan berasa susah hati sehingga menyebabkan hidup jadi tidak keruan.
  • Tidak melihat nikmat yang banyak diperolehi berbanding ujian yang sedikit.
  • Mudah menyalahkan orang lain dan sukar melihat kelemahan diri sendiri.
  • Menyimpan kebencian dan dendam terhadap orang lain.

Oleh itu, apa yang perlu jelas dalam diri kita adalah ujian akan selalu ada bersama selagi kita bernafas. Jika terlalu fokus kepada masalah, lama-kelamaan tekanan akan meresap ke dalam jiwa dan akhirnya menatijahkan kesengsaraan. Saat kita memandang sesuatu itu berat, pasti ia akan menjadi satu bebanan.

Cari Solusi

Subscribe

Gain access to all our Premium contents.
More than 100+ articles.

Buy Article

Unlock this article and gain permanent access to read it.
Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?