May 30, 2024
FIQAH Munakahat

Nilaian Wang Hantaran Melebihi Mas Kahwin?

Soalan

Saya ingin bertanya ustaz, adakah wang hantaran itu wajib diberikan oleh pihak lelaki kepada bakal isteri?

Jawapan

Prinsip ajaran Islam itu mudah dan sederhana. Wang hantaran bukanlah sesuatu yang wajib diberikan kepada pengantin perempuan. Walaubagaimanapun, ia masih lagi dibenarkan dalam Islam sebagai satu bentuk bantuan kewangan untuk majlis perkahwinan dengan syarat tidak melampau. Apa yang dimaksudkan dengan melampau itu adalah sehingga membebankan bakal pengantin atau mereka yang berkaitan. Contoh mudah, pihak pengantin lelaki terpaksa berhutang untuk menyediakan jumlah hantaran tersebut yang tinggi.

Berbeza pula dengan mas kahwin atau mahar yang merupakan satu pemberian wajib daripada seorang suami kepada isterinya. Malahan isteri dibenarkan menolak permintaan suami pada malam pertama sekiranya bayaran mas kahwin masih belum diberikan.

Mas kahwin ialah pemberian yang wajib diberi oleh suami kepada isterinya dengan sebab perkahwinan.

Allah SWT berfirman: “Berikanlah kepada orang perempuan itu mas kahwin mereka.” (Surah al-Nisa’ 4: 4), Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Carilah untuk dijadikan mas kahwin walaupun sebentuk cincin yang diperbuat daripada besi.” (Riwayat al-Bukhari)

Berpandukan hadis di atas nyatalah bahawa mas kahwin boleh dalam bentuk apa sahaja asalkan benda itu berguna dan berfaedah sama ada berupa wang, barang atau sesuatu yang bermanfaat. Rasulullah SAW pernah mengahwinkan seorang lelaki yang tidak memiliki sesuatu pun untuk dijadikan mas kahwin.

Subscribe

Gain access to all our Premium contents.
More than 100+ articles.

Buy Article

Unlock this article and gain permanent access to read it.
Dikenali juga sebagai Ustaz Shauqi. Pensyarah di UPM. Lahir pada 1974 di Kg Jarak Atas, Penang. Bersekolah di SMKA al-Irshad, S. Perai (SPM1991). Seterusnya di Yarmouk Univ. Jordan dan memperoleh BA (Hons) dalam B. Arab dan Syariah(1996). Ijazah MA Peng. Islam UKM (2001). Memperoleh PhD dalam i'jaz al-Quran dari Akademi Peng. Islam, UM. Terlibat dalam ceramah agama & motivasi di TV seperti dalamTanyalah Ustaz TV9 & TV3 , al-Kuliyyah TV3, Anda Musykil dan Forum Perdana TV1, Madrasah Tafsir dan Klinik D'hijrah di TV al-Hijrah. Penceramah Tafsir al-Quran di Radio IKIM (Isnin hingga Jumaat) selama lebih 5 tahun bermula dari 15.4.2013 hingga 31.7.2018, penceramah hadis 40 di manis fm pada setiap hari (ahad hingga khamis) bermula dari 1.8.2018, juga mengisi slot di Salam FM, Klasik fm, Nasional FM, Perak FM dll. Menjadi kolumnis dlm majalah Solusi,al-Ustaz, Tamadun Islam DBP dll. Menghasilkan jurnal, buku akademik dan buku rujukan. Menjadi pemegang amanah NGO Yayasan as-Syafie untuk misi pendidikan dan kemanusiaan peringkat antarabangsa. Menjadi Penasihat Syariah Koperasi KUPUTRA, dan Glocal Travel.
Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?