Tidur merupakan anugerah Allah s.w.t. buat makhluk. Dapat berehat dan mengembalikan semula tenaga. Namun pada masa yang sama, tidur menjadi simbol lemahnya seorang hamba kerana perlu berehat setiap hari. Jadi, bangun sahaja dari tidur, syukur kerana Allah bangkitkan kita kembali dari “kematian kecil”.
Sesuatu yang kita perlu sedar, setiap kali bangun tidur juga kita perlu ingat bahawa bukan tubuh badan sahaja yang bangun, bahkan rohani (spiritual) kita juga perlu bangun. Ini bermakna kita bangun dengan azam melunaskan ibadah khusus mahupun ibadah umum.
Pun begitu, suasana yang kita saksikan hari ini berlainan sekali. Jika hari minggu, selepas subuh itu cukup hening dek kurang manusia yang melata di atas muka bumi. Ke mana-mana pun jarang jumpa kelibat manusia. Di atas jalan raya pun masih lengang.
Sedangkan matahari sudah meninggi dan banyak haiwan sudah keluar mencari rezeki…
MENGAPA PAGI ITU BERKAT?
Bagi umat Islam, bukan matahari terbit sahaja baru hendak bingkas terjaga. Rutin Rasulullah s.a.w. bermula seawal satu pertiga terakhir malam, bangun menghidupkan malam dengan rukuk, sujud dan berzikir.
Ini kerana pagi itu sebenarnya panjang. Bijak cara kita memanfaatkan waktu pagi, besarlah manfaatnya. Pagi sepatutnya disambut dengan rasa penuh syukur, bukan akur dengan nafsu yang masih mahu berdengkur. Ia sepatutnya membuatkan kita lebih bersemangat kerana ia hari baru.
Subscribe
Gain access to all our Premium contents.More than 100+ articles.