December 9, 2023
Fokus SOLUSI

Pasar al-Manakhah yang Meriah dan Falsafah Pagi

Pasar al-Manakhah, sebuah pasar yang terletak di barat Masjid al-Nabawi. Jika kita singkap sejarah awal pasar ini, kita akan dapati pasar ini dibina oleh Nabi s.a.w. bagi menghapuskan dominasi Yahudi dalam ekonomi Madinah ketika itu.

Pasar ini merupakan pasar terbuka pada waktu itu. Tiada binaan bangunan yang menempatkan lot kedai dan sebagainya. Tapak juga tidak dikhususkan kepada sesiapa pun. Sesiapa yang cepat, dia dapat. Mana-mana peniaga yang sampai awal pagi, dapatlah berniaga di tapak yang lebih strategik, menjadi laluan orang ramai dan beroleh ramai pelanggan. Bahkan tapak ini tidak dikenakan sewa! Hasilnya, barang yang dijual juga lebih murah berbanding pasar Yahudi iaitu pasar Bani Qainuqa’.

Hanya pada zaman Khalifah Umayyah, pasar al-Manakhah mula dibina lot-lot kedai yang lebih tersusun.

Sebelum kewujudan pasar al-Manakhah ini, pasar Yahudi yang memang sudah sedia ada tidak disenangi oleh Nabi s.a.w. Puncanya, ia bercampur dengan unsur yang tidak patuh syariah. Di pasar Yahudi, terdapat riba dan penipuan dalam jual beli!

Akhirnya pasar al-Manakhah bertambah maju. Pelanggan makin ramai. Pasar milik kaum Yahudi tidak mendapat sambutan kerana tidak berkat.

Lihatlah, apabila Rasulullah mengubah sistem pasar yang ada pada waktu itu, Baginda sebenarnya menggalakkan peniaga bersaing secara sihat, di samping dapat berebut keberkatan yang ada pada waktu pagi.

Bukankah Baginda juga seolah-olah ingin menanam dalam diri para sahabat ketika itu untuk menjadi pejuang fajar? Sahabat dilatih untuk sanggup menjadi orang terawal yang masuk gelanggang, bukan yang terakhir masuk gelanggang. Iaitu sanggup bangun awal, bukan bangun lewat.

Mereka sanggup masuk gelanggang, bukannya cabut lari. Ibaratnya berdepan dengan pelbagai tanggungjawab dan cabaran hidup, bukannya tidur dan tidak mahu berdepan dengan dunia.

Subscribe

Gain access to all our Premium contents.
More than 100+ articles.

Buy Article

Unlock this article and gain permanent access to read it.
Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?