Masjidil Haram mulai terlihat pada pandangan Rasulullah s.a.w. Baginda terus bergerak mendekati Kaabah. Baginda bertakbir dan bertahlil diikuti oleh kaum Muslimin.
Pembebasan Makkah adalah pembebasan yang harmoni. Tanpa kekerasan, sebaliknya disempurnakan dengan penuh cahaya keimanan dan jiwa kerendahan. Bagaimana agaknya reaksi Baginda dan kaum Muslimin yang dikatakan terharu pada waktu itu?
- Baginda menundukkan mukanya sehingga janggutnya menyentuh leher haiwan tunggangan. Inilah reaksi kerendahan diri di hadapan Allah.
- Bertawaf dan solat di dalam Kaabah.
- Memusnahkan 360 berhala sekitar Kaabah dengan menggunakan busur panahnya.
Kemudian, Baginda berkhutbah dengan kalimah yang sangat indah, dimulai dengan bait-bait disusun dengan pujian penuh pada Tuhan segala tuhan, serta bacaan al-Quran juga bait-bait ayat pengesaan pada Yang Maha Menentukan.
“Wahai golongan Quraisy! Apakah kamu sangka aku akan lakukan kepada kalian?”
“Sesuatu yang baik. Saudara yang mulia, anak saudara yang mulia!”
“Aku katakan kepada kalian seperti Nabi Yusuf a.s. kepada saudaranya. ‘Padi hari ini tiada cercaan terhadap kalian. Pergilah, sesungguhnya kalian orang yang bebas.’”
Bahkan Rasulullah juga memulangkan semula kunci Kaabah kepada Uthman tin Talhah yang ketika itu belum memeluk Islam.
“Ambillah, dia akan abadi di tanganmu, dan tiada akan ada yang mengambilnya dengan paksa kecuali orang yang zalim,” ujar Baginda.
Uthman bin Talhah adalah suku Bani Syaibah; suku yang dipercaya memegang kunci Kaabah hingga sekarang.
Pada saat solat tiba, Bilal mengumandangkan azan di Kaabah. Seruan azan Bilal terdengar di mana-mana termasuklah tiga orang ini:
Subscribe
Gain access to all our Premium contents.More than 100+ articles.
Free Trial
Free trial access for 200 articles.Click now