June 10, 2023
Akhlak & Tasawuf WAHYU

Penjarakan Lidah!

Penjara merupakan tempat tahanan banduan yang membuat kesalahan. Mereka akan ditempatkan dalam satu kawasan, tidak bebas dan tidak boleh ke mana-mana melainkan hanya berada di dalam penjara sahaja.

Ada ketika penjara ini baik untuk kita. Cuba kita perhatikan Nabi Yusuf yang pernah dipenjarakan kerana difitnah. Oleh sebab Nabi Yusuf terlalu kacak dan tampan, maka ramailah gadis-gadis yang ingin menggoda Nabi Yusuf termasuk wanita pembesar al-Aziz atau riwayat bani Israel menyebut namanya Zulaikha.

Nabi Yusuf sanggup mengaku dirinya bersalah walaupun sebaliknya yang berlaku. Begitulah ketokohan dan peribadi mulia seorang Nabi untuk kita jadikan teladan. Nabi Yusuf lebih memilih untuk meringkuk di dalam penjara daripada membela dirinya.

Hari ini fitnah semakin berleluasa. Fitnah ini berlaku daripada punca besarnya lidah. Daripada lidah manusia sampailah kepada “lidah” benda seperti pen dan papan kekunci.

Subscribe

Gain access to all our Premium contents.
More than 100+ articles.

Free Trial

Free trial access for 200 articles.
Click now

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?