September 18, 2024
Dakwah UMUM

Peristiwa Hijrah: Misi Dakwah Penuh Berstrategi

Peristiwa Hijrah merupakan langkah pertama dan bersejarah bagi umat Islam dalam membina sebuah kegemilangan di seantero dunia. Semua penulis sirah tidak pernah tertinggal untuk merakamkan peristiwa hijrah sebagai salah satu bab penting dalam periwayatan kisah hidup Nabi Muhammad s.a.w.

Selama 13 tahun, Baginda menghadapi ujian yang sangat getir untuk berdakwah kepada penduduk Makkah. Akhirnya, Rasulullah memerintahkan para sahabat untuk berhijrah, namun secara berperingkat-peringkat.

Antara sahabat yang terlibat termasuklah Umar bin al-Khattab, Thalhah bin Ubaidillah, Hamzah bin Abdul Mutalib, Zaid bin Harithah, Abdul Rahman bin Auf, Zubair bin al-Awwam, Uthman bin Affan dan beberapa orang sahabat yang lain.

Namun begitu, penghijrahan kaum Muslimin secara berperingkat ini telah dihidu oleh orang kafir Quraisy. Wakil-wakil kabilah telah bermesyuarat di Dar al-Nadwah dan mencapai kata sepakat untuk membunuh Nabi.

Peristiwa genting ini telah dirakamkan oleh Allah menerusi al-Quran:

Dan ingatlah (wahai Muhammad), ketika orang kafir musyrik (Makkah) menjalankan tipu daya terhadapmu untuk menahanmu atau membunuhmu atau mengusirmu. Mereka menjalankan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya (mereka) kerana Allah sebaik-baik yang menggagalkan tipu daya. (Surah al-Anfal 8: 30)

Kebenaran Tidak Tersusun vs Kebatilan Tersusun

Sering kali kita menonton keputusan perlawanan bola sepak yang mengejutkan apabila pasukan yang boleh dikatakan “biasa-biasa” berjaya memenangi perlawanan dengan pasukan yang lebih hebat.

Subscribe

Gain access to all our Premium contents.
More than 100+ articles.

Buy Article

Unlock this article and gain permanent access to read it.
Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?