Soalan
Kebelakangan ini, wujud tanggapan yang negatif dalam kalangan muda-mudi Islam tentang perkahwinan. Ada yang berpendapat bahawa perkahwinan sesuatu yang membebankan kerana seseorang yang sudah berkahwin secara automatik akan memikul tanggungjawab yang besar. Minta penjelasan daripada ustaz mengenai hal ini.
Jawapan
Manusia diciptakan oleh Allah berpasang-pasangan. Betapa indahnya kehidupan manusia ini dengan adanya pasangan tersebut. Betapa jemu dan bosannya kehidupan ini jika yang menjadi penghuni alam semuanya lelaki atau semuanya perempuan. Jadi, kejadian berpasangan antara lelaki dan perempuan itu merupakan ramuan yang mengindahkan lagi kehidupan.
Kejadian berpasang-pasangan juga sebagai saluran untuk meneruskan keturunan manusia. Allah SWT berfirman:
“Wahai manusia, bertakwalah kepada Tuhan kamu yang menjadikan kamu semua daripada jiwa yang satu dan dijadikan daripadanya pasangannya dan berkembang daripada kedua-duanya banyak lelaki dan perempuan…” (Surah al-Nisa’ 4: 1)
Manusia akan menghadapi pelbagai kepincangan sekiranya pergaulan antara lelaki dan wanita tidak diatur dan disusun mengikut peraturan tertentu, terutamanya dalam arus pemodenan yang semakin mencabar dari sehari ke sehari. Penglibatan wanita di setiap agensi bermula di alam pendidikan sehinggalah kerjaya mendedahkan diri mereka kepada pelbagai cabaran dan gangguan. Justeru, tujuan perkahwinan adalah untuk menyusun pergaulan antara lelaki dan wanita supaya dapat mewujudkan suasana kasih sayang yang mengindahkan kehidupan.
Subscribe
Gain access to all our Premium contents.More than 100+ articles.