Peserta : Saya okey Ummi. Mood saya okey, semua okey. Tapi, jangan seorang anak buat hal. Memang terpaksalah saya jadi singa. Semua saya akan marah.
Ummi Nisa : Maknanya, Puan rasa, Puan jadi marah sebab orang “paksa” paksa untuk marah?
Peserta : Ya. Kalau boleh kita tak nak marah-marah. Tapi itulah, terpaksa. Seorang buat pasal, semua kena.
Sahabat pembaca pernah berjumpa atau terdengar luahan hati sebegini? Perkataan “terpaksa” sering digunakan bagi meletakkan penyebab insiden ke atas bahu orang lain. Otak kita berandaian dan mahu menyampaikan bahawa kita sebenarnya ada pilihan lain, tetapi kita tiada pilihan sebab orang lain sudah buatkan pilihan untuk kita.
Dalam kes peserta program saya itu, otaknya meletakkan anaknya sebagai orang yang bertanggungjawab untuk buat tuannya marah.
Ibu ini membuat kenyataan rasmi untuk disimpan dalam memori tanpa sesiapa pun memaksa dan memilih untuk meletakkan syarat perlu marah sebelum anak betul-betul buat hal. Ibu ini memilih:
“Saya tidak boleh kendalikan emosi saya. Anak-anak saya yang akan menentukan tahap emosi saya.” |
Pilih Atau Terpaksa?
Saya ingin mengajak pembaca teliti contoh dialog yang berlegar dalam minda separa sedar kita atau istilah yang digunakan dalam perkongsian kali ini adalah otak.
Subscribe
Gain access to all our Premium contents.More than 100+ articles.