October 1, 2023
Tentang Hati UMUM

Pilihan Sesudah Impian

“Bila nak diet tu, Bonda Nor?” usik mereka.

“Esok! Kan saya selalu cakap, ‘Esok saya diet!’ Jadi, esoklah. Ya, saya konsisten dengan jawapan itu. Esok,” balas saya selamba.

Alahai…

Situasi mula riuh dengan bunyi gelak ketawa. Saya layankan saja gurauan tersebut. Memang, luahan impian saya untuk berdiet itu bukan satu rahsia. Sengaja saya luahkan untuk beroleh sokongan luar. Namun hakikatnya, mendisiplinkan diri sendiri untuk istiqamah itulah yang paling mencabar!

“Betulkan niat. Kita nak diet ni, bukan sebab nak kurus. Tapi nak sihat. Biar mudah beribadah. Biar mudah orang angkat jenazah kita apabila sudah mati nanti!”

Allahu Rabbi. Pesanan dietitian itu benar-benar menyentap hati. Terus saya teringatkan berat badan sendiri. Alamak, saya tidak mahu menyusahkan orang menguruskan jenazah saya!

Azam! Ya, itulah detiknya saya mula serius menanam azam mahu berdiet.

Tetapi bukan mudah! Apabila selalu bermusafir ke sana ke mari, restoran makanan segera sering menjadi persinggahan. Seusai program, selalu pula mendapat pelbagai hadiah daripada peserta. Coklat dan kuih raya sentiasa mendahului carta. Dan saya, ah… sukarnya menahan nafsu makan saat semuanya ada di depan mata!

Oh, itu belum termasuk kes singgah ke pasar raya untuk membeli beberapa barang keperluan, namun akhirnya aiskrim menjadi pilihan!

 

Subscribe

Gain access to all our Premium contents.
More than 100+ articles.

Free Trial

Free trial access for 200 articles.
Click now

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?