March 22, 2025
Sirah & Kisah UMUM

Polisi Najasyi

Sebaik sahaja berita tentang ketibaan orang Islam di bumi Habsyah sampai kepada para pemimpin Quraisy, mereka bersegera mahu menghantar utusan kepada Raja Najasyi. Dua orang lelaki yang dikira sangat berpengaruh telah dipilih iaitu:

Bagi pihak musyrikin Quraisy, tindakan segera perlu diambil. Mereka tidak mahu golongan Muhajirin membina hubungan baik dengan Raja negara Nasrani yang terkenal dengan keadilan itu. Mana tahu, tiba-tiba para pengikut Muhammad berjaya mempengaruhi Najasyi. Mereka bukan sahaja dapat meluaskan pengaruh, malah membina kekuatan yang kukuh!

Ini semua akan memberikan impak yang negatif terhadap masa hadapan pentadbiran Musyrikin Quraisy di Makkah.

 

“HADIAH” BARANGAN KULIT

Dua utusan ini turut membawa hadiah yang banyak berupa kulit. Ini kerana hadiah tersebut merupakan antara produk Makkah yang sangat disukai oleh Najasyi. Pemimpin Quraisy berpesan kepada mereka, “Berikan hadiah-hadiah ini terlebih dahulu kepada semua penasihat Najasyi, sebelum bertemu dengannya. Kemudian barulah serahkan hadiah kepada Najasyi. Selepas itu mintalah Najasyi agar menyerahkan para pengikut Muhammad kepada kamu.”

Sampai sahaja di Habsyah, kedua-dua utusan terus bertemu dengan para penasihat Najasyi. Selain cuba mempengaruhi mereka dengan hadiah, utusan-utusan ini juga menghasut para pembesar dengan informasi yang memburuk-burukkan orang Islam.

Subscribe

Gain access to all our Premium contents.
More than 100+ articles.

Buy Article

Unlock this article and gain permanent access to read it.
Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?