Ibadah puasa yang dilakukan dengan betul dan bersungguh-sungguh akan memberi manfaat sama ada dalam bentuk fizikal atau kerohanian.
- Membuka Hijab Antara Diri dengan Allah
- Ibadah yang dilakukan pada bulan Ramadan berupaya membersihkan rohani dan hati. Dengan itu terbukalah hijab antara hamba dengan Tuhannya.
- Tanda Keikhlasan
- Puasa amalan rahsia hamba dengan Allah. Orang lain tidak tahu jika seseorang berbuka diam-diam. Ketakwaan dalam diri mendorong seseorang melakukan ibadah puasa sebaik-baiknya.
- Mujadalah dan Kekentalan Jiwa
- Kita meninggalkan keinginan nafsu syahwat walaupun pada perkara yang halal kita lakukannya sebelum Ramadan.
- Memupuk Sabar
- Puasa sebagai latihan menahan keinginan diri atau godaan luar sepanjang Ramadan.
- Memelihara Fizikal
- Dengan berpuasa kita perlu memelihara perut, telinga, lidah, tangan dan kaki daripada perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa.
- Melahirkan rasa prihatin dan belas kasihan
- Puasa melahirkan rasa kasihan kepada golongan fakir. Sebab itu disyariatkan zakat fitrah yang menjadi titik tolak kepada rasa tanggungjawab untuk melakukan pembaikan dalam masyarakat.
- Mengenal Erti Kejayaan Sebenar
- Bukan harta atau kedudukan yang menjadi kayu ukur. Untuk orang berpuasa ada dua kejayaan iaitu ketika berbuka dan bertemu Allah.
- Mendidik Rasa Belas dan Lemah-Lembut
- Jika ada seseorang mahu mencaci atau memperli ketika kita sedang berpuasa, balaslah dengan berkata, “Aku berpuasa.” Kita perlukan latihan ini untuk mendidik diri dengan sikap berlapang dada dan menahan marah.
- Mengutuhkan Kesatuan Ummah
- Umat Islam dari seluruh pelosok dunia berpuasa pada bulan yang sama. Kebaikan Ramadan dikongsi bersama tanpa mengira bangsa, sempadan geografi atau keturunan.
- Merapatkan Hubungan dengan Alam
- Penentuan Ramadan dan Syawal mendorong umat Islam memerhati perjalanan bulan dan bintang. Dengan itu lahirlah rasa kagum kepada Penciptanya.
- Menjaga Masa
- Berpuasa mengajar Muslim teliti dalam menentukan waktu berbuka dan sahur. Sedikit kesilapan akan membatalkan puasa. Disiplin masa amat penting dalam melaksanakan perancangan hidup.
- Kesihatan Tubuh Badan
- Banyak manfaat berpuasa dari sudut kesihatan. Antaranya, berpuasa membuatkan tahap endorfin dalam tubuh meningkat selepas beberapa hari berpuasa.