Terdapat banyak punca seseorang itu tidak ceria dalam kehidupan mereka. Pada siri kali ini, kita akan susuli lagi sebab-sebab umat manusia pada hari ini berada dalam keadaan tidak bahagia.
- Tidak Bersatu Hati
Kumpulan, grup atau keluarga yang tidak bersatu hati tidak mungkin akan hidup dengan ceria. Sudah terang lagi bersuluh, mana mungkin kumpulan yang tidak searah tujuan boleh memacu pemikiran ke arah kehidupan yang harmoni dan ceria.
Tidak bersatu hati yang dimaksudkan ditujukan kepada orang yang paling rapat dengan kita terutamanya pasangan suami isteri, rakan sekerja, rakan dalam persatuan hatta sahabat karib sendiri.
Realiti hari ini membuktikan bahawa tidak bersatu hati adalah punca besar sukar untuk memiliki sebuah kehidupan yang ceria dan dirahmati Allah s.w.t. Contohnya dunia artis hari ini, kerap kali kita membaca berita kes perceraian di kalangan artis. Jika dilihat dengan mata kasar, kehidupan seorang artis begitu ceria, ligat menari dan menyanyi di atas pentas, aktif ke sana sini, namun Allah s.w.t. sahaja yang mengetahui betapa tidak bahagianya hati mereka.
Subscribe
Gain access to all our Premium contents.More than 100+ articles.
Free Trial
Free trial access for 200 articles.Click now