September 18, 2024
KEKELUARGAAN Wanita & Keluarga

Pupuk Sikap Berkongsi dan Toleransi

“Anak saya selalu kata saya tak adil. Macam hari tu, dia bergaduh dengan kawan dia. Saya cuba memujuk supaya kedua-dua belah pihak berbaik. Tetapi apabila sampai rumah, anak saya kata, ‘Mama tak adil! Saya ni anak mama, tapi kenapa mama menangkan dia?’”

“Masalahnya, saya tak rasa saya menangkan sesiapa, tapi itu yang anak saya faham,” cerita ibu itu lagi.

Sahabat ibu ini, anaknya baru berusia 5 tahun. Ini satu senario antara anak dengan kawannya.

Ibu Tidak Adil?

Senario lain yang mungkin kerap berlaku dalam kalangan adik-beradik adalah seperti kisah ibu berikut. Beliau mempunyai tiga orang anak lelaki. Jarak usia antara mereka adalah 2 hingga 3 tahun. Yang sulung berusia 7 tahun.

“Anak-anak saya setiap malam bergaduh berebut mahu tidur di sebelah saya. Sehinggakan kasihan si bongsu yang menyusu pun ditolaknya. Kalau saya tak melayan, mulalah mereka meradang dan menangis. Kalau saya beri peluang kepada anak kedua dan ketiga tidur di sebelah saya, yang sulung akan merajuk dan menuduh saya tak adil dan sudah tidak sayangkan dia lagi.”

Satu lagi senario pula yang kadangkala boleh buat ibu naik angin atau jadi buntu untuk memberi respons adalah seperti situasi ibu ini, “Anak saya, semua yang saya buat, dia nak buat. Apa yang saya makan, dia nak sama. Makan belum tentu lagi, tapi kalau tidak diberi, pasti mengamuk dan menjerit seperti kena pukul.”

Ah, pasti serabut jiwa si ibu apabila anak lontarkan tuduhan tidak adil buatnya!

Subscribe

Gain access to all our Premium contents.
More than 100+ articles.

Buy Article

Unlock this article and gain permanent access to read it.
Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?