Mengenali Nabi Muhammad s.a.w. ini satu perkara yang sangat indah. Keindahan itu tidak terhad kepada penganut agama Islam sahaja, hatta jika seseorang individu itu bukan beragama Islam sekalipun, pasti dapat merasai juga keindahan mengenali Baginda. Pelik, namun itulah hakikatnya.
Mengapa agaknya begitu?
Rasul Tarik Perhatian Ramai
Hal ini demikian kerana sesuatu yang indah itu akan senantiasa mendapat perhatian ramai. Pastinya kita suka memandang apa-apa sahaja yang indah-indah. Begitulah fitrah manusia, suka akan keindahan. Tidak kiralah sama ada keindahan itu dekat ataupun jauh, pasti kita akan mencari-cari keindahan dan kecantikan itu.
Sama juga dengan peribadi Nabi, akhlak dan gaya hidup Baginda yang begitu indah itu, menarik perhatian ramai. Bukan orang Islam sahaja yang ambil tahu, bahkan orang bukan Islam juga sama.
Kecantikan ini merupakan tempat ketenangan dan hiburan hati dan jiwa.
Pasti semua orang akan menagihnya. Percayalah.
Sesungguhnya Nabi lebih indah daripada kata-kata yang mampu kita ungkapkan. Lebih indah daripada yang kita damba dan tagihkan. Seperti kata al-Imam al-Busairi di dalam burdahnya:
Sesungguhnya kelebihan Rasullullah itu tidak mempunyai kebatasan. Untuk diungkap oleh orang yang bertutur dengan mulutnya.
Cuba kita hayati syair yang pernah diungkapkan oleh al-Mutanabbi, penyair terkenal yang berasal dari Iraq:
Subscribe
Gain access to all our Premium contents.More than 100+ articles.
Free Trial
Free trial access for 200 articles.Click now