September 18, 2024
Fokus SOLUSI

Roh al-Quran

Kecoh satu Malaysia apabila ada pihak yang bertindak mengedarkan Bible kepada pelajar sekolah. Tidak dinafikan, ia tindakan yang tidak patut dilakukan jika melibatkan penerima yang merupakan pelajar sekolah beragama Islam.

Reaksi kita, “Oh, aku belum bersedia sebenarnya untuk berdepan dengan Bible.” Kita kaget. Terasa seolah-olah memegang sahaja Bible, boleh jatuh kufur dan iman makin luntur.

Sedangkan kita perlu benar-benar berpegang dengan manual agama (al-Quran) dengan erat. Ketika itu, kita tidak akan pernah takut dengan kitab samawi yang lain. Hakikatnya, kitab samawi yang lain itu juga kitab yang kita beriman dengannya, cuma kita tahu isi kandungannya sudah diubah.

Al-Quran ibarat kalam Allah yang dipahat pada batu. Tidak akan terhapus atau pupus. Kekal bukan sahaja pada lembaran mushaf, tetapi turut kekal dalam ingatan dan dada penghafaz.

Ya, sahih memang al-Quran itu sudah sedia hebat dan terpelihara. Persoalannya diri kita.

Apabila tapak pegangan kita kepada kitab agama sendiri kukuh, hati kita tidak gentar lagi. Ini dalam konteks peribadi, tanpa menafikan bahawa kita masih perlu menjaga umat dan anak-anak muda terutamanya yang mungkin masih belum cukup erat berpaut dan bertaut dengan al-Quran.

 

Daripada Ilahi

Subscribe

Gain access to all our Premium contents.
More than 100+ articles.

Buy Article

Unlock this article and gain permanent access to read it.
Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?