October 1, 2023
FIQAH Usul Fiqah

Rokok Bantut Pembinaan Insan

Islam adalah agama yang menjaga manusia daripada segala kemudaratan terutamanya akal. Islam mengharamkan segala bentuk pengambilan makanan, minuman dan ubatan yang boleh merosakkan akal.

Maka diharamkan arak dan segala jenis minuman yang memabukkan bagi memastikan akal manusia terpelihara daripada sebarang bentuk kemudaratan dan kebinasaan.

Pangkalan Data Manusia

Ini kerana kedudukan akal dalam Islam sangat mulia. Islam melarang manusia daripada memperbodohkan akal. Firman Tuhan dalam kitab-Nya yang mulia juga menyebut:

“Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota itu tetap akan ditanya tentang apa-apa yang dilakukannya.” (Surah al-Isra’ 17: 36)

Ayat ini menjelaskan kepada kita bahawa akallah alat untuk kita fahami sesuatu. Akal juga alat untuk memproses data dan ilmu. Bahkan banyak lagi fungsi akal sehingga menyebabkan manusia diangkat oleh Allah menjadi mulia berbanding makhluk lain. Semuanya kerana akal.

Akal juga diumpamakan oleh ulama dalam kebanyakan kitab dengan ibarat:

Akal asas kepada tanggungan (taklif) seseorang.

Fungsi Akal

1. Faham ilmu dan jana pengetahuan.
2. Tanggungan (taklif) seseorang dengan hukum syariat.
3. Berfikir keajaiban dan penciptaan Tuhan.
4. Alat untuk membezakan kebenaran dan kebatilan.
5. Sebab menjadi Mukmin yang cemerlang.
6. Pencegah kemungkaran.

Subscribe

Gain access to all our Premium contents.
More than 100+ articles.

Free Trial

Free trial access for 200 articles.
Click now

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?