December 11, 2024
Ghaibiyyat WAHYU

Ruwaibidah

Sebelum terjadi kiamat, manusia akan berhadapan dengan pelbagai situasi yang mencemaskan. Ketenteraman hidup akan sedikit demi sedikit hilang disebabkan bencana alam yang semakin kerap berlaku serta pertelingkahan sesama manusia.

Keadaan ini telah digambarkan oleh Rasulullah dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik:

“Sesungguhnya sebelum kedatangan Dajal, akan berlalu beberapa tahun (tersebarnya) penipuan. Orang yang benar dikatakan bohong, pembohong dikatakan benar, orang yang amanah dikhianati, pengkhianat diberi kepercayaan dan akan berbicara golongan Ruwaibidah.”

Baginda ditanya: “Apakah itu Ruwaibidah?”

Baginda menjawab: “Golongan fuwaisiq (golongan yang bodoh dan hina) berbicara dalam perkara berkaitan kepentingan awam.” (Riwayat Ahmad)

 

Pertimbangan Manusia Mula Pincang

Zaman yang disebut oleh Rasulullah ini jelas satu zaman yang huru-hara, terutamanya pemikiran manusia untuk menilai. Pada zaman ini, kecelaruan tidak hanya disebabkan penyebaran maklumat yang salah sehingga manusia tidak mampu membezakan antara yang betul dan salah, tetapi suasananya adalah lebih dahsyat lagi.

Subscribe

Gain access to all our Premium contents.
More than 100+ articles.

Buy Article

Unlock this article and gain permanent access to read it.
Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?