Orang Islam itu memanfaatkan apa yang ada di dunia untuk kebaikan di akhirat. Oleh itu, dunia menjadi penting kerana wujudnya akhirat. Malahan, saat golongan kafir mengejek dan menghina orang Islam, janganlah kita termakan persepsi ini. Allah meingatkan kita:
Janganlah kamu rasa hina mahupun berasa takut, sebenarnya kamu hebat dan tinggi jika kamu beriman. (Surah Ali Imran 3: 139)
Ketika kita lupa akan sejarah, kita bakal tenggelam dengan naratif penindasan bangsa Melayu yang malas. Ingatlah, baginda Nabi s.a.w. membawakan kepada kita sebuah metafora kehidupan, sabdanya:
Jika kehidupan dunia itu lebih bernilai di sisi Allah melebihi nilai sehelai sayap nyamuk, maka Allah tidak akan memberi minum orang kafir walaupun seteguk air. (Riwayat Ibn Majah)
Sifat self sabotaging dalam kalangan masyarakat kini telah menjadi pemangkin kepada persepsi juga naratif bangsa yang malas ini seolah-olah benar. Tak perlu menuding jari kepada sesiapa kerana salahnya berada dalam ‘rumah’ kita sendiri. Maka, semestinya kita perlu bermuhasabah dan membuat refleksi apakah isu yang berlaku pada hari ini agar kita belajar untuk tidak mengulanginya lagi.
Tanah Tumpahnya Darahku
Melayu itu bukan bangsa yang melayukan diri pada sesiapa. Kita bukan lemah tidak bermaya, malas bekerja dan tidak berdikari. Ketahuilah bahawa sifat malas yang dimitoskan itu hanyalah momokan dan persepsi yang dibina sejak zaman kolonial lagi. Implikasinya masyarakat luar menilai Melayu sebagai lemah melalui momokan tadi. Sungguh, terkilan.
Hari ini kita perlu sedar bahawa kita pernah hebat. Kehebatan kita terserlah dan diakui. Apakah mungkin kita tidak menyedari? Barangkali kita tiada masa untuk mengukur kehebatan sendiri.
Ironi Dengan Bangsa Pemalas!
|
Kini Masih Gah
Kejayaan bangsa Melayu tidak terhad setakat itu. Kalau kini kita kecilkan skop kepada kejayaan bangsa Melayu di Malaysia, pun kita masih boleh senarai begitu ramai tokoh yang telah menempa pelbagai kejayaan sama ada pada peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa:
1. Dato’ Dr Afifi al-Akiti, pensyarah Melayu pertama di Universiti Oxford, United Kingdom.
2. Hafizah Noor Isa sebagai wanita Melayu pertama yang terlibat dengan kajian bersama tentang “Observation of Gravitational Waves from a Binary Black Hole Merger” di United Kingdom.
3. Muhammad Khalid Bin Ismail (Karl Lead) lelaki Melayu pertama yang fasih berbahasa Korea sudah beberapa kali dijemput dalam rancangan realiti di Korea.
4. Tan Sri Salma Binti Ismail wanita pertama layak menjadi doktor perubatan di Malaysia.
5. Wan Nur Mafudah Wan Yusof, anak Melayu pertama berjaya dalam World Prize Winner bagi kertas Laporan Kewangan Korporat Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA).
6. Mokhtar Dahari pernah mencetak nama selaku penjaring dalam sukan bola sepak peringkat antarabangsa.
Sejujurnya terlalu banyak untuk kita catatkan kehebatan dan ketuanan Melayu pada zaman kini. Masyarakat sahaja sama ada sedar atau tidak hakikat kehebatan dahulu yang sudah mula ingin dilenyapkan zaman sekarang oleh ‘Si Kitol’ ataupun ‘Si Penjajah Kontemporari’. Sesungguhnya ketuanan dan kehebatan ini tidak akan hilang selagimana Islam kita julang.
Analogi Itik Berjalan
Senario masyarakat pada hari ini ingin berfikir dan ingin mendapatkan natijah segera. Sama sahaja ceritanya dengan perspektif negatif melihat Melayu dengan satu lapis sahaja. Ingin melihat kejayaan depan mata tidak adil tanpa menilai proses yang dilaluinya. Jangan sesekali kita lompat proses, kelak mungkin terbantut atau cacat. Analoginya kita boleh melihat perspektif negatif seperti cara melihat itik berjalan.
Ubah Perspektif Itik Berjalan |
Pernah lihat itik berenang? Itik-itik itu semuanya kelihatan berada di permukaan air dengan tenang lagi selesa bukan? Pergerakan mereka sangat lancar dan mereka bergerak ke depan, kiri dan kanan dengan stabil memposisikan keadaan. Begitulah hakikatnya dalam kehidupan. Apa yang ingin dilihat oleh masyarakat adalah kejayaan bukan proses mencapai kejayaan. Kita seharusnya perlu beri masa untuk menilai secara holistik. Bukan menilai luaran sahaja tetapi juga dalamannya. Bukan menilai setakat hasilnya tepai menilai juga prosesnya. Maka, baru boleh kita membuat penilaian. |
Untuk menjadi hebat, kita perlu keluar daripada zon selesa. Jangan selesa di zon selesa kerana kehidupan akan bermula pada penghujung zon selesa.
Hijrah yang boleh kita lakukan iaitu kita perlu keluar daripada comfort zone (zon selesa) sehingga keadaan mampu berubah lebih hebat lagi. Cabaran semakin lama semakin hebat. Kita perlu terus bergerak ke hadapan jika ingin meningkatkan kemajuan diri dan juga bangsa kita sendiri.
|
Zon Selesa |
|
|
|
Apabila kita keluar daripada comfort zone (zon selesa), maka pandangan kita seperti luas mata burung. Caranya, dengan melakukan anjakan paradigma dalam daya fikir kita; pemikiran transformasi.
|
Keluar Zon Selesa |
|
|
|
Tahniah! Jika kita berjaya keluar daripada zon selesa. Zon di mana kita perlu banyak belajar pelbagai perkara, bukanlah zon bahaya.
‘Pakej’ Membina Semula Tamadun
Menurut Syed Naquib al-Attas, tamadun ialah pencapaian tahap tatasusila tinggi dan kebudayaan yang luhur oleh sesebuah masyarakat ataupun boleh juga difahami bahawa warganegara yang berpadu dalam kerangka politik, sosial, ekonomi dan institusi agama untuk menjadi negara maju dalam setiap penjuru.
Politik |
Kuatkuasakan Pelan Integriti Nasional (PIN) dalam tatakelola kerajaan dan tadbir urus negara agar mampu berusaha menjadi negara Islam yang syumul segala aspeknya. Negara Islam yang cemerlang seharusnya mempunyai golongan ketua dan pemimpin yang berpasakkan keadilan juga ruang lingkup kehidupan yang dihiasi dengan warna warni kemanusiaan. Inilah pakej yang tidak boleh dipisah-pisahkan. |
Sosial |
Memfokuskan tentang pembangunan kebolehpasaran graduan dan siswazah yang ada di negara kita Malaysia demi melahirkan teknokrat dan juga tenaga pakar segala bidang. |
Subscribe
Gain access to all our Premium contents.More than 100+ articles.