May 30, 2024
Ghaibiyyat WAHYU

Salam Selektif Tanda Kiamat

Dunia sekarang berhadapan dengan satu wabak yang melanda seluruh dunia iaitu virus Covid-19. Ia bukan sahaja menjejaskan kesihatan manusia, bahkan turut menyebabkan perubahan kepada interaksi sesama manusia.

Sebagai langkah pencegahan, orang ramai bertindak mengelakkan diri daripada bersentuhan sesama sendiri, khususnya ketika saling menyapa. Bahkan di tempat-tempat yang kritikal, tiada lagi suasana tegur-menegur antara satu sama lain.

Tanpa kita sedari dari sudut yang lain, suasana seperti ini sebenarnya telah menjarakkan lagi hubungan sesama Muslim. Mana tidaknya, sebelum wabak ini merebak pun kita dapati jika seseorang Muslim berselisihan sesama mereka, jarang sekali salam diucapkan antara satu sama lain kecuali jika melibatkan orang yang dikenali sahaja. Lebih-lebih lagi pada waktu-waktu kritikal sekarang ini.

Ya, hal seperti ini sebenarnya telah diceritakan oleh Baginda s.a.w. sebagai salah satu daripada tanda akhir zaman. Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya antara tanda-tanda kiamat ialah apabila seseorang mengucapkan salam hanya kepada orang yang dikenalinya.” (Riwayat Ahmad)

Zaman Ibn Mas‘ud Sudah Berlaku

Tiada keraguan lagi bahawa situasi ini sebenarnya sedang berlaku dalam kalangan umat Islam. Namun begitu, ia sebenarnya telah berlaku sejak dari zaman sahabat lagi. Al-Aswad bin Yazid meriwayatkan bahawa, ketika beliau berjalan menuju ke masjid bersama Abdullah bin Mas‘ud, lalu mereka mendirikan solat.

Tiba-tiba seorang lelaki melintas dan berkata: “Salam sejahtera wahai, Abu Abdul Rahman.”

Lalu, Abdullah bin Mas‘ud yang berada di situ berkata: “Benarlah (firman) Allah dan (sabda) Rasul-Nya.”

Subscribe

Gain access to all our Premium contents.
More than 100+ articles.

Buy Article

Unlock this article and gain permanent access to read it.
Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?