September 18, 2024
Fokus SOLUSI

Sampai Bila Aku Perlu Dihina?

Saya diminta mengupas berkenaan isu bangsa Melayu dihina. Dalam satu video, seorang lelaki Mat Salleh menggambarkan warga Singapura yang berbangsa Cina dengan 5C, India dengan 5I, manakala Melayu dengan 5M. Malangnya, Melayu digambarkan dengan begitu hina.

Saya menghela nafas panjang. Lantas teringat firman Allah s.w.t.:

Janganlah kamu berasa lemah dan janganlah kamu bersedih, padahal kamulah orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang yang beriman. (Surah Ali ‘Imran 3: 139)

Ya, boleh sahaja kita mendengar penghinaan orang terhadap kita, namun adakah kita perlu mempercayai setiap penghinaan yang dilemparkan kepada kita? Hanya diri kita sendiri yang lebih tahu duduk sebenar diri sendiri.

 

Basuh Luka dan Duka dengan Iman

Ayat al-Quran di atas turun pasca perang Uhud. Seramai 70 sahabat syahid, termasuk juga Hamzah bin Abdul Mutalib yang dibunuh begitu kejam. Tubuh Rasulullah s.a.w. luka, hati Baginda juga berduka. Ayat ini turun untuk menepis semua duka itu jauh-jauh. Allah ingin sampaikan mesej supaya jangan lemah dan lesu kerana kekuatan umat Islam sebenar ialah iman.

Ya, saat kita dihina dan dipandang lemah, imanlah kekuatan kita. Penilaian manusia sama sekali tidak sama dengan penilaian Allah. Manusia memandang rupa, harta dan pangkat sebagai begitu mempesona, manakala Allah hanya memandang kualiti iman di hati.

Subscribe

Gain access to all our Premium contents.
More than 100+ articles.

Buy Article

Unlock this article and gain permanent access to read it.
Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?