October 1, 2023
Sirah & Kisah UMUM

Sanubari Baginda Tentang Umat

Rasulullah s.a.w. sering memikirkan tentang kita. Ya, kita sebagai umat Baginda. Kadangkala, bimbang akan kelalaian dan kealpaan umatnya, Rasulullah tiba-tiba menangis.

Pernah suatu ketika berlakunya gerhana matahari pada zaman Nabi. Keadaan mendung dan kelam ini mengingatkan Rasulullah tentang azab yang menimpa umat terdahulu apabila bumi menjadi gelap.

Rasulullah lantas melaksanakan solat gerhana. Dalam sujud yang panjang Rasulullah menangis dan merintih:

Wahai Tuhanku, bukankah Kau berjanji tidak akan memberikan azab terhadap umatku, sedangkan aku di sisi mereka? Wahai Tuhanku, bukankah kau berjanji tidak akan mengazab mereka sedangkan mereka beristighfar? (Riwayat Muslim)

Malah, menurut Abdullah Ibn Amru Ibn al-As, ketika Rasulullah membaca ayat berkenaan doa Nabi Ibrahim terhadap umatnya dalam surah Ibrahim ayat 36 dan tentang doa Nabi Isa tentang umatnya dalam surah al-Ma’idah ayat 118, Rasulullah tiba-tiba menangis lalu berdoa:

Ya Allah, umatku, umatku. (Riwayat Muslim)

Sayang sungguh Rasulullah kepada kita. Dalam solat, Baginda menangis kerana teringatkan kita. Ketika membaca al-Quran, teringat lagi tentang kita, lalu Baginda menangis. Betapa sayang Rasulullah kepada kita.

Sanubari Baginda sentiasa bersama kita.

 

Rujukan: Haza Rasulullah, Salman Bin Fahd al-Audah.

Subscribe

Gain access to all our Premium contents.
More than 100+ articles.

Free Trial

Free trial access for 200 articles.
Click now

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?