December 9, 2023
KEKELUARGAAN Remaja

Saraf Otak Rosak Angkara Pornografi

Golongan pemuda bukanlah calang-calang. Gelegak darah muda mereka mampu menggerakkan dunia. Siapa pemuda kita pada hari ini, menentukan tamadun bangsa kita esok hari. Ingatlah, masa muda kita akan dipersoalkan Allah di akhirat kelak.

Pemuda yang kita harapkan perlulah pandai menetapkan matlamat mengatur strategi untuk mencapainya. Mampu menjalani masa mudanya yang penuh dengan rayuan hawa nafsu dan bujukan syaitan.

 

Tenggelamnya Pemuda

Namun hari ini, senarionya berbeza. Rentaknya tidak seperti yang kita harapkan. Pemuda kita karam dalam lautan yang melalaikan.

Pegawai Psikologi Kanan Bahagian Kaunseling Universiti Putra Malaysia (UPM), Siti Fatimah Abdul Ghani berkata, pengaruh pornografi kian membimbangkan apabila dikategorikan mengikut “selera” pengikutnya. Tambahan lagi, penonton tegarnya dalam kalangan anak muda kita.

Allahuakbar! Adakah pendidikan buat pemuda hari ini masih tidak mencukupi? Adakah perkembangan arus teknologi telah merencatkan pendidikan mereka?

Jujurnya, tidak wajar jika kita menuding jari mencari salah siapa sebenarnya. Namun perlu untuk kita bermuhasabah bersama, apakah usaha kita dalam membina dan memanusiakan pemuda hari ini. Ia bukanlah sesuatu yang mudah.

Subscribe

Gain access to all our Premium contents.
More than 100+ articles.

Buy Article

Unlock this article and gain permanent access to read it.
Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?